Letupkan Jualan Dengan 4 Jurus Ini

Jika jualan anda masih malu-malu kucing, ini POST yang anda patut baca sampai habis.
Dengan hanya guna 4 jurus ini, anda boleh lihat sales anda naik mencacak sampai anda boleh buka cawangan baru, beli kedai 3 tingkat dan bayar bonus team sampai 5 angka!
Dengan 4 jurus ini, bisnes anda boleh berkembang dengan lebih cepat tanpa perlu pinjam loan atau Along.
Stok barang sentiasa ‘sold out’.
Customer merayu-rayu minta nombor akaun walaupun produk belum launch lagi.
Appointment dengan client fully booked sampai bulan Disember…
.
.
.
.
…bila anda mahir dengan 4 jurus ini.
Dah bersedia nak tahu? Teruskan membaca…

Jurus#1 Tingkatkan Bilangan Leads
Nak dapatkan nombor telefon prospek atau emel dengan menderu-deru? Tambah bilangan leads.
Tapi nak minta leads tak boleh minta sedekah, perlu berikan sesuatu kepada prospek sebagai pertukaran kepada leads.
Cara senang ialah berikan free offer seperti ebook, report, case studies, kupon, katalog, template, free trial dan macam-macam lagi.

Jurus #2 Tambahkan Bilangan Pelanggan
Apabila anda sudah ada leads, jangan fikir prospek akan terus menjadi pelanggan anda.
Anda belum boleh buat untung lagi.
Pada masa ini, prospek baru tahu pasal anda, mungkin tak tahu pasal anda lagi.
Anda hanya perlu mengaktifkan prospek kepada PEMBELI.
Maksudnya, berikan satu offer yang boleh membuatkan mereka beli pada harga yang rendah terlebih dahulu.
Contoh mudah adalah perkhidmatan hosting GoDaddy. Mereka mengenakan caj serendah RM9 untuk harga domain website.

Jurus #3 Besarkan Margin Jualan
Berbalik kepada GoDaddy tadi, bisnes mereka tak akan berkembang kalau hanya offer harga domain RM9 sampai bila-bila.
Sebenarnya, mereka ada tawarkan banyak lagi untuk meningkatkan nilai RM9 tadi.
Macam mana caranya?
GoDaddy membesarkan margin jualan dengan upsell.
Sebagai contoh, jika anda telah order domain berharga RM9, sistem website mereka akan menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan lain seperti hosting, design website, atau emel kepada anda sebelum anda pergi ke checkput page.
Daripada RM9, margin jualan GoDaddy boleh besar sehingga beratus-ratus ringgit dari hanya satu transaksi jualan sahaja.

Jurus #4 Naikkan Frekuensi Jualan
Mana satu yang anda suka? Pelanggan beli sekali atau berkali-kali?
Sudah tentu nak berkali-kali kan?
Untuk meningkatkan frekuensi jualan, anda perlu sentiasa membuat follow-up kepada pelanggan baru.
Selain itu, anda juga boleh:
– Buat iklan retargeting
– Letak exit pop-up yang muncul ketika prospek keluar website.
– Emel autoresponder
Ingat, keempat-empat jurus ini kena buat mengikut flow.
Tak ikut satu jurus, anda tak akan dapat hasilnya.
Kena buat dari Jurus 1 sampai 4.
Tapi sebelum nak mula dengan Jurus 1, anda kena ada awareness untuk mendapatkan leads.
Cara yang paling cepat adalah dengan guna iklan berbayar macam FB Ads.
Nak tahu lebih lanjut? KLIK LINK INI